Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umumkan Dana RM100 juta telah akan diberikan ke Tabung Agromakanan yang bagi membantu sektor koperasi mengembangkan industri agromakanan khususnya penternakan ayam.
Peruntukan ini diberi kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang dipertanggungjawabkan mengendalikan dana ini untuk tujuan khusus ini.
Perdana Menteri menjelaskan langkah membolehkan koperasi meningkatkan pengeluaran makanan sekaligus mengurangkan masalah kenaikan harga barang.
Kuota Pekerja Asing
Kerajaan juga setuju agar koperasi diberi kuota pekerja asing bagi melancarkan urusan perladangan.
Turut disokong penubuhan Koperasi Rakyat BR 2.0 Malaysia Berhad. Kita masih tidak mempunyai sebarang maklumat tentang koperasi ini baik visi, misi dan sebarang pihak yang mengendalikannya.
RM10 juta turut diagih kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi membiaya aktiviti kolaborasi strategik bersama persatuan dan NGO seperti penganjuran pameran dan ekspo.
Apa yang diharapkan adalah dana ini dapat disalurkan kepada pemain industri dan mengurangkan birokrasi terhadap permohonannya. Kita juga mengharapkan agar tidak muncul pula sebuah kartel samada dari pihak pengurusan atau pentadbir kerajaan sendiri yang akhirnya dana ini terpaksa menampung kos pengurusan eksekutif.
0 Comments